.

.

Monday 27 June 2011

pemuda yang sangat pemarah..angin cepat naik

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia
tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun
ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan
seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?”
tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah,
kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab
ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah
memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok
batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah
dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah
paku yang digunakan juga berkurangan. Dia
mendapati, adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya dari memukul paku menembusi
tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada
suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,
walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara
tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan
tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui
tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya
dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu
perkara tersebut kepada bapanya dengan
bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok
tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-
lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak
akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila
kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan
parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh
menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau
memohon maaf dan menyesal atas perbuatam
mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati
adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah
permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan
kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah
kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.
“Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding hati
Kawan2 semua.

No comments: