.

.

Monday 27 June 2011

aqim spanas

Cinta?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu
menghargai cinta…
Saya ialah seorang lelaki yang sedang betul-betul
kecewa sekarang ini kerana cinta, bayangkan,
saya sanggup buat apa saja untuk memiliki hati
dia, hinggakan sanggup lupakan kepentingan diri
dan buang semua ego saya untuk cuba
selamatkan hubungan saya dan dia, tapi at last ini
balasan yang saya dapat… Dia tinggalkan saya
untuk lelaki lain yg bru dikenalinya… Tapi tak
mengapa, mungkin-mungkin dan mungkin ini adalah ujian atau rahmat
daripada tuhan untuk saya…
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah
satu perkara yang mungkin/pasti ada dalam bercinta…
Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni, janganlah
bercinta… Sebab kita akan kecewa akhirnya… Dan
yang paling penting ialah “SETIA” pada dia,
jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk
tinggalkan dia atas sebab2 yang remeh temeh…
Dalam hubungan yang kurang mesra, saya yakin
kesabaran itu adalah penting untuk menjadikan
hubungan yang lebih mesra.
Jadi untuk pasangan yang sedang hangat
bercinta… Nasihat saya, setialah pada yang satu…
Kerana kecewa dalam bercinta tu adalah satu
perkara yang benar-benar menyeksakan…
Janganlah bercinta andainya kita tak tahu makna
setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang
yang ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh
harapan.

No comments: